Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Banjir: 3,121 Orang Ditempatkan 20 Di PPS
Last update: 06/02/2018

KUCHING, 6 Feb (Bernama) -- Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 3,121 orang daripada 837 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini berbanding 2,613 orang daripada 697 keluarga di 18 PPS malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak daripada jumlah itu, 1,850 mangsa daripada 485 keluarga adalah dari bahagian Samarahan, 1,042 mangsa merangkumi 283 keluarga dari Serian manakala Mukah mencatatkan 229 mangsa daripada 69 keluarga.

Penduduk di Samarahan yang terjejas banjir itu ditempatkan di sembilan PPS iaitu Dewan Pembangunan Sebuyau, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, Masjid Kampung Seruyuk, Dewan Masyarakat Sgali, Dewan Suarah Kota Samarahan, Pusat Sumber PBB Sadong Jaya, SK Kampung Mang, SK Haji Kelali dan Kompleks Sukan Asajaya.

Mangsa banjir di sembilan kawasan di Serian pula ditempatkan di lapan PPS iaitu Dewan Betong Kenawit, Dewan Lintang Baru Panchor, SK Samarahan Estate, Surau Hadhari Kampung Rimba Padi, Sekolah St Peter Kampung Soh, Dewan Kampung Slabi Entuuh, Dewan Masyarakat Serian dan SK Tanah Putih.

Sebanyak tiga PPS iaitu SK Parish Balingian, Dewan Suarah Mesra Mukah dan Dewan Masyarakat Balingian menempatkan mangsa di empat kawasan yang terjejas banjir di Mukah.

-- BERNAMA

 


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution