Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
CCS Luluskan Cadangan Pengambilalihan Oldtown Oleh JDE Asia
Last update: 30/01/2018

SINGAPURA, 30 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) meluluskan cadangan pengambilalihan oleh Jacobs Douwe Egberts Holdings Asia NL B.V. (JDE Asia) ke atas seluruh modal saham terbitan dan terkumpul OldTown Bhd.


Cadangan transaksi itu akan membolehkan Jacobs Douwe Egberts B.V. (JDE) mengambil alih kawalan penuh ke atas OldTown, berikutan JDE Asia adalah anak syarikat milik penuhnya.


Dalam kenyataan hari ini, CCS berkata cadangan transaksi itu, jika dilaksanakan, tidak akan mengurangkan persaingan dalam pembekalan campuran kopi segera dan campuran teh susu segera untuk jualan di Singapura.


JDE adalah syarikat kopi global yang memiliki pelbagai jenama di lebih 27 buah negara di Eropah, Amerika Latin dan Australia.


Ia turut memiliki Super Group Pte Ltd, yang menghasilkan dan menjual lebih 160 produk makanan dan minuman segera, termasuk teh dan kopi segera.


OldTown merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, dan aktif dalam pembuatan kopi dan minuman lain, pemasaran dan jualan kopi dan minuman lain di pusat pengedaran di peringkat global, dan operasi kafe runcit di bawah jenama OldTown White Coffee.


Menurut CCS, wujud pertindihan antara kumpulan syarikat JDE dan OldTown dalam membekalkan campuran kopi segera; dan campuran teh susu segera bagi jualan di Singapura.


Terdapat juga pertindihan kecil antara kedua-duanya dalam membekalkan campuran kopi segera bagi jualan luar Singapura, katanya.


Dalam menilai impak daripada cadangan transaksi itu ke atas Pasaran Relevan, CCS mengadakan rundingan awam dan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan perantaraan (peruncit), pelanggan akhir korporat serta pembekal campuran kopi segera dan campuran teh susu segera yang lain di Singapura.


Selepas menyemak permohonan JDE dan maklum balas yang diterima, CCS memutuskan cadangan transaksi itu, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan dalam Akta terhadap penggabungan anti-persaingan.


Dalam meluluskan cadangan transaksi itu, CCS mendapati, antaranya, pihak tersebut menghadapi persaingan daripada beberapa pembekal dalam pasaran bagi pembekalan campuran kopi segera bagi jualan di Singapura berikutan terdapat pelbagai jenama campuran kopi segera yang boleh dipilih oleh pengguna seperti Nescafe, Gold Roast, dan Alicafe.


CCS berkata peruncit pada amnya, menjual pelbagai jenama produk kopi segera bergantung kepada permintaan pengguna.


Nestle adalah pesaing utama kepada pihak berkenaan untuk membekalkan campuran kopi segera, termasuk campuran kopi segera 3-in-1.


Kedua-duanya turut menghadapi persaingan sengit daripada pembekal lain seperti Unilever dalam pasaran bagi pembekalan campuran teh susu segera bagi jualan di Singapura, katanya.


CCS mengeluarkan keputusan meluluskan cadangan transaksi itu kepada JDE dan memaklumkan kepada OldTown hari ini.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution