Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Laporan Juruaudit Yang Ditambah Baik Pertingkat Ekosistem Pelaporan - Kajian
Last update: 25/01/2018

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Laporan juruaudit yang ditambah baik menggalakkan perubahan tingkah laku membina dalam ekosistem pelaporan kewangan serta meningkatkan kerjasama antara pelabur dan syarikat di Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Lembaga Pemantauan Audit Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Institut Akauntan  Malaysia dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun hari ini, kajian yang dijalankan mereka, bertajuk 'Enhanced Auditors' Report: A Review of First-Year Implementation Experience in Malaysia' mendapati pengguna utama bagi laporan audit dan kewangan telah memperolehi  nilai daripada piawaian pelaporan baharu.

Kajian itu juga mendapati dua pertiga daripada responden bersetuju bahawa laporan juruaudit yang ditambah baik tersebut adalah lebih baik berbanding laporan juruaudit sebelumnya.

"Hasil kajian itu adalah berdasarkan kajian semula laporan juruaudit yang ditambah baik dan laporan tahunan daripada sampel 190 syarikat senarai Bursa Malaysia dengan tempoh kewangan berakhir 31 Dis, 2016 dan kemudiannya diteliti  oleh 170 anggota jawatankuasa audit dan pelabur.

"Pada jangka panjang, laporan juruaudit yang ditambah baik dijangka memacu aliran maklumat berguna dan relevan kepada pasaran modal, mengurangkan spekulasi terhadap prestasi syarikat dan menggalakkan pemahaman mendalam mengenai penyata kewangan," menurut kenyataan bersama itu.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution