Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Laporan Pelajar Diculik Di Pandan Indah Tular Disiasat
Last update: 15/01/2018

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Polis sedang menyiasat laporan cubaan menculik seorang  pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah oleh dua lelaki menggunakan sebuah van berwarna putih yang tular dalam media sosial sejak Jumaat lepas.  



Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.   



“Setakat  ini tiada saksi atau rakaman kamera litar tertutup yang boleh membantu siasatan kes berkenaan. 



\"Bagaimanapun polis membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu, untuk siasatan lanjut,\" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Berdasarkan laporan polis, kejadian didakwa berlaku apabila pelajar itu sedang menunggu bas di Jalan Pandan Indah pada 12 tengah hari sebelum dia dipercayai cuba diculik dua lelaki menaiki van putih, namun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah.



-- BERNAMA



 


MAMA AZM SNS DFAS

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution