Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Lelaki Terlibat Kes Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Ditahan
Last update: 14/01/2018

BUKIT MERTAJAM, 14 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang  lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di Bukit Tengah di sini, Jumaat lepas.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Permatang Tinggi kira-kira pukul 1 pagi telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dalam keadaan mencurigakan.



"Polis cuba menahan kereta dipandu seorang lelaki itu namun dia enggan memberhentikan kenderaan berkenaan malah terus memecut laju ke arah Jalan Besar Permatang Tinggi menghala ke kawasan Bukit Tengah."



"Polis bertindak mengejar kereta itu sebelum ia terbabas dan melanggar tembok di persimpangan Taman Pelangi 2 sehingga menyebabkan tayar depan sebelah kanan serta bahagian hadapan kereta itu pecah dan  enjin juga rosak," katanya di sini hari ini.



Katanya lelaki berusia 35 tahun itu bertindak keluar dari keretanya dan cuba melarikan diri serta berlaku pergelutan dengan polis sebelum suspek yang berasal dari Alor Star, Kedah itu berjaya ditahan polis.



Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan polis di dalam kereta dinaiki lelaki itu menemui pelbagai peralatan untuk memecah rumah dan curi kenderaan antaranya pemotong besi, besi panjang yang telah diubah suai, tukul dan pahat.



Selain itu, katanya polis juga merampas beberapa barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya televisyen, beg duit dan barangan elektrik serta pemeriksaan juga mendapati kenderaan yang digunakan lelaki itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Bayan Lepas baru-baru ini.



"Lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan," katanya.



Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan anggota geng curi motosikal dan merampas sebuah motosikal curi serta pelbagai komponen kenderaan berkenaan.



Katanya lelaki itu ditahan di Jalan Permata, di sini kira-kira pukul 9.30 malam semalam dan polis turut merampas dadah jenis ganja bersama remaja yang tidak bekerja itu.



"Remaja terbabit bersama seorang lagi rakan yang identitinya telah dikenal pasti dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal sejak enam bulan dan mereka meleraikan komponennya sebelum menjual kepada pembeli," katanya.



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution