Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
APMM Minta Bantuan Komuniti Maritim Kesan Pemancing Hilang
Last update: 11/01/2018

KOTA KINABALU, 11 Jan (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan memohon bantuan Komuniti Maritim di sekitar perairan Pulau Tiga, Sabah untuk mengesan seorang pemancing bersama sebuah bot pam yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing sejak petang 9 Jan lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pemancing yang dikenali sebagai Abdul Molah Mansol, 46, dari Pulau Gaya keluar memancing pada jam 5.30 pagi pada tarikh berkenaan dan  sepatutnya kembali pada petang hari sama namun sehingga kini kelibatnya belum kelihatan.

"Sejurus menerima laporan, aset APMM dari Daerah Maritim Kota Kinabalu iaitu Bot Maritim Pengawal 38 telah ditugaskan melaksanakan pencarian awal berhampiran lokasi terakhir mangsa dilaporkan  hilang di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika barat laut Pulau Sulug namun sehingga kini mangsa serta bot berkenaan masih belum ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya bot yang digunakan mangsa adalah berwarna putih, merah dan hitam serta bersaiz 12x3 kaki.

Mohd Zubil berkata hari ini operasi pencarian mangsa diperluaskan ke kawasan perairan sehingga Pulau Tiga yang merangkumi keluasan  50 batu nautika persegi dengan menggunakan dua kapal APMM, sebuah bot Taman-Taman Sabah dan dua bot nelayan.

Sementara itu, Mohd Zubil menasihatkan semua komuniti  maritim, persatuan nelayan, persatuan memancing serta individu agar lebih berhati-hati ketika ke laut pada waktu cuaca yang tidak menentu ini.

Sesiapa  yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan pemancing itu agar memaklumkan kepada bilik operasi 24 jam APMM Kota Kinabalu di talian 088-387845 atau MERS 999.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution