Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Jadual Padat Buat Skuad Karate Tahun Ini
Last update: 09/01/2018

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Atlet  karate negara dituntut mengekalkan  prestasi cemerlang dalam menghadapi Sukan  Asia 2018 pada Ogos di Indonesia dan Liga Perdana Karate (kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo) yang bermula Februari sehingga Oktober.


Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Vincent Chen berkata skuad karate mempunyai tugas penting iaitu menyumbang pingat di Sukan Asia dan meraih tiket Sukan Olimpik akan datang.


"Tahun ini sangat mencabar, jurulatih perlu melihat semula program latihan supaya atlet dapat 'cemerlang' dalam semua kejohanan. Berbeza dengan empat tahun lepas di Incheon, Korea Selatan, tumpuan skuad hanya untuk Sukan Asia sahaja.


"Selain itu juga, sehingga kini pihak kami masih belum menerima buku panduan teknikal daripada pihak penganjur Sukan Asia (Indonesia) jadi kami tidak tahu berapa acara dan kategori yang dipertandingkan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan senarai atlet kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.


Vincent berkata semua negara yang mengambil bahagian juga terpaksa menghadapi kesuntukan masa untuk berlatih di venue latihan di Indonesia kerana penganjur hanya memberikan dua hari sahaja.


Menurutnya  seharusnya pihak penganjur  mengambil kira atlet dari negara Asia lain yang mempunyai perbezaan masa hampir lima jam dengan Indonesia.


"Masa latihan yang diberi sangat singkat, sepatutnya tiga hari kerana ini Sukan Asia bukan Sukan SEA. Bagi negara Asia yang mempunyai perbezaan masa lima jam, kontinjen mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan perkara ini akan menjejaskan persiapan atlet lain juga," katanya.


Skuad karate menyumbang dua pingat emas dalam acara Kata lelaki menerusi Lim Chee Wei dan Kumitee kategori bawah 61 kilogram wanita oleh Syakilla Salni Jefri Krisnan pada Sukan Asia 2014 di Incheon.


Pada edisi kali ini skuad karate akan menyenaraikan tiga atlet lelaki dan wanita acara Kumitee, seorang lelaki dan wanita bagi acara Kata.


-- BERNAMA

 



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution