Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Sydney Dilanda Cuaca Paling Panas Dalam Tempoh 80 Tahun
Last update: 08/01/2018

SYDNEY, 8 Jan (Bernama) -- Larangan aktiviti pembakaran masih tidak dibenarkan di seluruh New South Wales (NSW), Australia pada Isnin, selepas Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 80 tahun, lapor agensi berita Xinhua.



Cuaca panas menyaksikan suhu mencecah 47.3 darjah Celsius di barat Sydney manakala seluruh bandar pelabuhan, suhu mencapai antara 41 hingga 45 darjah Celsius, sekaligus menjadikannya kawasan paling panas pada Ahad.



Negeri lain di tenggara negara itu juga mengalami cuaca panas teruk, dengan beberapa kawasan di Victoria amat serius pada Sabtu. Lalu lintas antara Sydney dan Melbourne terpaksa ditangguhkah selama beberapa jam.



Puluhan kebakaran hutan turut berlaku di kawasan tenggara dan di NSW sahaja pihak berkuasa mengendalikan sejumlah 51 kebakaran.



Pada Isnin pagi, dunia sukan digemparkan dengan berita kapten pasukan kriket England terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas mengalami dehidrasi teruk pada hari keempat perlawanan persahabatan terakhir menentang Australia di Sydney.



Menurut pegawai Meteorologi Australia, Jordan Notara, bagaimanapun diramalkan perubahan kepada cuaca sejuk sedang berlaku. 



"Diramalkan terdapat sedikit penurunan suhu iaitu sekitar 30 darjah Celsius esok," katanya sambil menambah sekurang-kurangnya satu atau dua lagi cuaca panas ekstrim akan melanda sepanjang musim panas kali ini.



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution