Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Anak Hadapi Banjir Di Asrama, Keluarga Hadapi Di Rumah
Last update: 02/01/2018

DUNGUN 2 Jan (Bernama) -- "Risau juga memikir keadaan anak di asrama yang mengalamibanjir  secara tiba-tiba, tetapi kami sekeluarga tak dapat berbuat apa-apa kerana rumah juga telah dimasuki air," kata seorang ibu yang ditempatkan di salah sebuah pusat pemindahan sementara.


Hasniza Ismail, 41, berkata beliau dan keluarga terpaksa membuat  persiapan untuk berpindah kerana air mula memasuki rumah mereka pada lewat malam semalam.


Katanya, perasaan bimbang akhirnya terlerai apabila menerima pesanan ringkas daripada aplikasi whatApps bahawa anaknya selamat dan akan diserah kepada ibu bapa di pusat pemindahan.


"Masa air makin naik cikgu sekolah anak saya hantar whatsapp kata tak payah risau sebab semua anak-anak yang duduk di asrama selamat dan ada cikgu akan memantau mereka.


"Keadaan pada pukul 10 malam semalam semakin teruk dan kami semua terpaksa pindah ke pusat pemindahan. Tidak lama selepas itu semua murid yang berada di asrama turut dipindahkan ke pusat juga dengan dibawa menaiki kenderaan bomba," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Pasir Raja di  sini.


Menceritakan detik cemas ketika air mulai memenuhi kawasan asrama, Nurul Shafikah Shahdan, 12, (anak Hasniza), berkata pada awalnya mereka cuba menyelamatkan barang-barang persekolahan  tetapi apabila hujan semakin lebat dan air naik mendadak semua pelajar diarah naik ke tingkat dua.


"Masa itu hujan lebat tak berhenti, cikgu suruh semua orang kemas barang-barang untuk letak atas katil  tingkat atas dan lepas siap semua cikgu suruh pindah ke tingkat dua selamatkan diri dan bawa barang-barang yang perlu.


"Syukurlah kami semua selamat dan kami sentiasa bergerak secara berkumpulan dengan mematuhi arahan cikgu. Ia pengalaman yang menakutkan sebab tidak pernah mengalaminya sebelum ini," katanya yang merupakan salah seorang daripada 33 pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Pasir Raja.


Sementara itu, Guru Penolong Kanan I, Rosma Sulaiman berkata ketika air mula naik murid-murid baru sahaja selesai mendaftar masuk ke asrama dan semua guru yang ada pada masa itu bertindak menyuruh semua murid berpindah ke tingkat dua.


Menurutnya pada masa yang sama guru-guru pula berusaha menyelamatkan barang-barang persediaan persekolahan dan apabila melihat keadaan paras air semakin membimbangkan pihak sekolah bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan bagi memindahkan semua murid.


Semasa kejadian tersebut, pihak bomba telah menyelamatkan 33 orang murid iaitu 17 lelaki, 16 murid perempuan, tiga orang guru, tiga orang pembantu pengurusan murid.


-- BERNAMA

 



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution