Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
18,097 Pelajar Seluruh Negara Terima Sumbangan Felcra Berhad
Last update: 31/12/2017

SUNGAI BULOH, 31 Dis (Bernama) -- Seramai 18,097 pelajar sekolah di seluruh negara menerima bantuan persekolahan daripada Felcra Berhad (Felcra) melalui Program Ceria Kembali ke Sekolah.



Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Tengah Ahmad Salleh berkata bantuan itu melibatkan  peruntukan berjumlah RM6.3 juta dengan setiap pelajar menerima beg sekolah, dua pasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, kelengkapan alat tulis dan buku bernilai RM350.



"Penerima bantuan ini merupakan anak-anak daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 merangkumi anak-anak peserta, kakitangan dan penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan operasi Felcra yang dipilih sendiri oleh pihak pengurusan sekolah masing-masing," katanya kepada pemberita di Program Ceria Kembali ke Sekolah Felcra di Kampung Setia, Kuang di sini hari ini.



Pada majlis itu, 300 pelajar dari kawasan Kuang menerima bantuan persekolahan tersebut.



Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus yang turut hadir, berkata usaha Felcra yang sanggup turun padang ke kawasan luar bandar patut dicontohi oleh agensi lain terutamanya syarikat berkaitan kerajaan.



"Usaha ini patut dijadikan contoh supaya masyarakat luar bandar turut dapat merasai limpahan ekonomi negara," katanya.



-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution