Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Peruntukan Bagi Pembangunan PKS Garis Lima Kategori, Kata Ahmad
Last update: 23/12/2017

JASIN, 23 Dis (Bernama) -- Peruntukan melebihi RM20 bilion bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah Bajet 2018 menggariskan lima kategori untuk memastikan kemajuan industri itu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kategori tersebut adalah akses kepada pembiayaan pinjaman, pemasaran, modal insan, mewujudkan prasarana dan premis perniagaan serta membangunkan teknologi selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0.

"Lima kategori ini merupakan tunjang utama dan penting kepada pembangunan dan kemajuan industri PKS negara secara lebih menyeluruh dan seimbang pada masa akan datang.

"Perkara ini telah diputuskan dalam Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat negeri Melaka 2017 di sini, hari ini.

Acara itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Turut  hadir Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hasan Abdul Rahman.

Ahmad berkata permohonan bagi peruntukan tersebut akan diselaraskan melalui satu sistem khas dalam talian untuk mengelak pertindihan dan memastikan golongan usahawan dapat menikmati dana tersebut untuk memajukan perniagaan mereka.

"Usahawan yang telah memohon peruntukan itu di bawah program tertentu yang dikendalikan oleh  agensi atau kementerian tertentu tidak akan mendapat pembiayaan daripada peruntukan yang sama daripada agensi lain," katanya.

Beliau berkata peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk geran, pinjaman mudah dan bantuan dalam program latihan bergantung kepada  permohonan dan penilaian agensi atau kementerian.

"Terdapat 900,000 usahawan di seluruh negara yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan dan mereka perlu merebut peluang ini," katanya.

Showcase SDSI yang dianjurkan di perkarangan Hentian Rehat dan Rawat Pusat Transformasi  Luar Bandar Sungai Rambai arah Selatan di sini berlangsung selama tujuh hari hingga esok melibatkan penyertaan seramai 300 usahawan tempatan.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution