Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Pendekatan Keusahawanan Dalam Pendidikan Tinggi Perlu Untuk Perubahan Radikal - Sultan Nazrin
Last update: 06/12/2017

SERI ISKANDAR, 6 Dis (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa adalah penting untuk memupuk pendekatan keusahawanan ke arah pendidikan tinggi demi mencapai perubahan radikal yang tampak perlu.


Titah baginda, antara lain yang boleh dilakukan ialah menerapkan peranan yang lebih besar bagi industri dan perkongsian awam-swasta, dengan memanfaatkan peningkatan ciri-ciri dinamik dan inovasi yang wujud dalam sektor awam.


"Evolusi selanjutnya dan perubahan lain kepada eko sistem pendidikan  tradisional memerlukan pembaharuan dasar dan inovasi yang signifikan.


"Ini khususnya berkaitan penggunaan teknologi digital seperti disebutkan, bidang yang Malaysia sedang menerajui," titah Sultan Nazrin dalam titah diraja bertajuk 'Membangunkan Ekosistem Pendidikan Dinamik dan Inklusif' di Universiti Teknologi Petronas di sini bersempena ulang tahun ke-20 universiti tersebut.


Bagaimanapun, baginda bertitah bahawa ketegangan fundamental antara misi pendidikan dan motif keuntungan yang mendorong sektor swasta akan wujud dengan strategi untuk menerapkan peranan lebih besar bagi industri dan perkongsian awam-swasta.


Sultan Nazrin bagaimanapun bertitah bahawac adalah perlu sekarang untuk mengambil kira sikap berani mengambil risiko dan semangat keusahawanan ke arah usaha melaksanakan reformasi pendidikan yang mencabar ini.


"Kita sekarang harus menggunapakai pendekatan sedemikian untuk sektor pendidikan tinggi bagi memastikan ia cukup dinamik dan inklusif untuk berkembang dalam dunia yang tidak dapat diramalkan dan cepat berubah.


"Ini penting untuk kita terus memenuhi objektif menjadi destinasi pendiidkan yang diiktiraf di peringkat global," titah baginda.


Selain itu, Sultan Perak bertitah pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu lagi trend utama yang berterusan untuk pendidikan, latihan dan pemerolehan kemahiran mencapai kejayaan dalam dunia yang berubah dan tida dapat diramalkan.


Baginda bertitah sudah ada inisiatif penting dalam bidang ini di Malaysia yang merangkumi usaha untuk mengambil kira pengalaman pelajar terlebih dahulu serta kaedah penilaian yang melangkaui peperiksaan.


"Hubungan yang semakin meningkat antara pendidikan tinggi dan industri menyumbang bagi memastikan kesesuaian kursus yang disampaikan sambil membantu mempromosikan akses kepada pendidikan tinggi di luar demografi sekarang," titah Sultan Nazrin.


-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution