Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
TPM Hadir Majlis Kahwin Anak MP Kinabatangan
Last update: 03/12/2017

KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ahmad Zahid tiba kira-kira 7.50 malam diiringi Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di sebuah hotel terkemuka di sini dan disambut oleh Bung Moktar dan isteri Datin Seri Nor Asidah Alimudin.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menepung tawar pasangan mempelai Mohd Kurniawan Naim, 23, dan isterinya Nur Atieqah Mohd Suffian, 25.

Turut menepung tawar ialah Musa, Salleh dan kedua-dua ibu bapa pasangan mempelai.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi Datuk Nasir Wahab, Noraniza Idris dan juara Bintang RTM 2016, Rosario.

Mohd Kurniawan Naim, yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, merupakan seorang usahawan dan pemilik bersama sebuah kafe di Manila, Filipina.

Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan dan juga anggota Parlimen Belia.

Manakala Nur Atieqah pula berkhidmat dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia).

Pasangan berkenaan bernikah Jumaat lepas di Wisma SESB di sini.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution