Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
ASEAN Berdepan Kadar Tinggi Campur Tangan Industri Tembakau
Last update: 29/11/2017

HANOI, 29 Nov (Bernama) -- Brunei menduduki tempat teratas Indeks Campur Tangan Industri Tembakau diikuti Filipina kerana memiliki rekod yang baik dari segi pelaksanaan Perkara 5.3 Kerangka Kerja Pengendalian Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh ASEAN, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA).

Bagaimanapun, kedua-dua negara tidak mencapai kemajuan dalam memperkasa pelaksanaan Perkara 5.3, lapor Agensi Berita Vietnam.

Indeks itu, yang keempat dalam siri ini, adalah satu laporan yang menjejaki tindakan kerajaan dalam melindungi polisi kesihatan mereka daripada campur tangan industri tembakau.

Laporan itu menyebut Vietnam telah melakukan penambahbaikan marginal namun masih menunjukkan campur tangan industri di peringkat tinggi, manakala Malaysia dan Myanmar menunjukkan campur tangan industri yang lebih besar.

FCTC WHO telah diguna pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 21 Mei 2003 dan telah berkuat kuasa dua tahun kemudian. 

Perkara 3 hingga 5 menetapkan objektif, prinsip yang menjadi pedoman dan kewajipan umum yang diterapkan oleh perjanjian.

WHO menganggarkan bahawa merokok adalah punca tujuh juta kematian setiap tahun.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution