Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Perolehan Suku Ketiga UEM Edgenta Naik Kepada RM523 Juta
Last update: 28/11/2017

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mencatatkan perolehan lebih tinggi pada RM523 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2017 daripada RM373 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.



Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu bagaimanapun berkata keuntungan sebelum cukai rendah sedikit pada RM32.11 juta berbanding RM49 juta sebelumnya.



Dalam kenyataan berasingan, UEM Edgenta berkata peningkatan dalam perolehan disumbangkan oleh perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencatatkan perolehan lebih tinggi terutamanya sumbangan perniagaan yang baru diperoleh, UEMS Pte Ltd. 



Ini diikuti oleh bahagian perkhidmatan hartanah dan perkhidmatan infrastruktur, yang disumbangkan terutamanya oleh kerjasivil yang lebih tinggi dilaksanakan di lebuh raya serta peningkatan sumbangan daripada perkhidmatan pengurusan perbandaran dan kontrak kemudahan yang diperoleh semasa tempoh berkenaan.



"Kami gembira strategi kami dalam memperkukuhkan bahagian perkhidmatan penjagaan kesihatan, perkhidmatan harta tanah dan perkhidmatan infrastruktur memberikan keputusan positif seperti yang dilihat dalam prestasi kami."



"Dan kami menjangka dapat mengekalkan prestasi, didorong oleh pertumbuhan organik dan momentum yang kukuh dalam tiga sektor teras kami," kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Datuk Azmir Merican.



Syarikat itu juga memulakan pelbagai inisiatif operasi untuk memacu kecekapan operasi dan ini termasuk memperluaskan penawaran perkhidmatan dalam sektor penjagaan kesihatan komersial; mengembangkan perkhidmatan perbandaran dan bangunannya di wilayah selatan; dan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Taiwan dan Timur Tengah.



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution