Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Segmen Pelancongan Mampu Perkukuh Kerjasama Ekonomi-Malaysia-Indonesia
Last update: 09/11/2017

Oleh Khatijah Jistoh


TARAKAN (Indonesia), 9 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Indonesia dan Malaysia mampu diperkukuh menerusi kerjasama berterusan khususnya dalam segmen pelancongan, kata Pembantu Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan Republik Indonesia, Indra Eka Permana.

Beliau berkata perkara itu termasuk bekerjasama mempromosikan keunikan serta potensi pelancongan kedua-dua negara menerusi medium yang tepat.

"Misalnya, usaha dilakukan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau membawa pemain industri pelancongan Malaysia untuk tujuan mempromosi tempat-tempat menarik di Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara adalah satu langkah positif dan kedepan.

"Ini juga sekali gus dapat mewujudkan ruang serta peluang rangkaian kerjasama pelancongan antara pemain industri Malaysia dan Indonesia untuk melebarkan peluang perniagaan," katanya ketika ditemui Bernama.

Baru-baru ini, KRI Tawau menganjurkan Familiarization Trip ke Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur yang turut disertai pemain industri pelancongan Sabah, Sabah Tourism Board, Indonesia Tourism Board, Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dan Majlis Perbandaran Tawau serta wakil media.



Dalam pada itu, Indra berkata bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, 786,861 rakyat Malaysia  melancong ke Indonesia dengan destinasi paling diminati ialah Jakarta, Batam dan Kepulauan Riau, Bali, Bandung serta Kualanamu Medan.

"Kita juga mengharapkan Tarakan dan pulau-pulau pelancongan di Kalimantan Timur menjadi pilihan rakyat Malaysia selepas ini," katanya, menambah Indonesia menyasarkan 20 juta pelawat mengunjungi republik itu tahun depan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dynamic Tour Travel & Incentive Sdn Bhd Datin Wahida Mardiana Norsalim berkata pihaknya terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan pemain industri di Indonesia.

"Wilayah Tawau dan Tarakan memiliki tempat-tempat menarik tersendiri dan potensi-potensi ini boleh diperkenalkan menerusi pakej pelancongan 'kahwin' iaitu melancong ke dua wilayah.

"Jika Tawau yang menjadi pintu masuk ke tempat melancong lain di Sabah, Tarakan juga merupakan pintu masuk terbaik untuk pelancong ke destinasi pelancongan lain di Indonesia seperti ke Pulau Derawan, Maratua dan Kakaban yang terletak di Kalimantan Timur," katanya.

Menurutnya, usaha itu juga membolehkan ekonomi masyarakat setempat di kedua-dua wilayah ditingkatkan  serta mengeratkan ukhuwah antara masyarakat di kedua-dua negara.

-- BERNAMA

 



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution