Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
'Datuk Seri' Direman Empat Hari Berhubung Kes Pukul Anggota Rela
Last update: 31/10/2017

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' direman empat hari bermula hari ini berhubung kejadian pukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, Jumaat lalu.

Perintah reman sehingga 3 Nov itu dikeluarkan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 29 tahun itu.

Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai kemeja putih, tiba di Mahkamah Ampang pada 9.30 pagi dan pada 10.50 pagi, dia diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah untuk prosiding reman.

'Datuk Seri' itu ditahan pada jam 4 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam  kejadian pukul  6.30 pagi, tiga anggota RELA  masing-masing berumur 19,  27, dan 21 tahun mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mangsa mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta 'Datuk Seri' itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution