Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
BAM Terima Tajaan RM1.9 Juta Daripada Daihatsu
Last update: 05/10/2017

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menerima tajaan berjumlah US$450,000 (RM1.9 juta) daripada syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Corporation (DMC), untuk tempoh dua tahun.

Daripada jumlah tersebut, US$350,000 (RM1.47 juta) adalah untuk hadiah wang tunai bagi kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2018 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan di Arena Axiata, Bukit Jalil. 

DMC menyasarkan kepada pembangunan sukan badminton di Jepun, Indonesia dan Malaysia di mana syarikat pengeluar kenderaan itu juga akan turut menaja kejohanan Indonesia Masters tahun depan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata penajaan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah hadiah kejohanan Malaysia Masters bertaraf Siri Super itu daripada US$120,000 (RM507,420) kepada US$350,000 tahun ini. 

"Malaysia Masters telah dinaik taraf daripada kategori Grand Prix Emas kepada Siri Super kali ini, saya jangkakan perlawanan yang lebih sengit daripada sekurang-kurangnya 10 pemain terbaik dunia akan beraksi kali ini," katanya pada majlis menandatangi perjanjian tajaan antara BAM, Perodua dan Daihatsu.



Sementara itu, pegawai eksekutif DMC, Osamu Naruse, dalam ucapan ringkas pada majlis itu, berkata, syarikat itu bertuah diberi peluang menyokong pembangunan sukan badminton di Malaysia.

Beliau berkata DMC telah memilih untuk menyokong sukan itu di Malaysia dan Indonesia sebagai sumbangan kepada negara dan masyarakat tempatan.

"Daihatsu akan meningkatkan interaksinya dengan pelanggan dan komuniti tempatan menerusi sukan dan dengan itu membawa keyakinan baharu dalam kehidupan mereka," katanya.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution