|
Pengurus Pusat Jagaan Orang Tua Didakwa Dagang Lima WanitaÂ
Last update: 05/10/2017
JOHOR BAHRU, 5 Okt (Bernama) -- Seorang pengurus sebuah pusat jagaan orang tua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lima pertuduhan memperdagangkan lima wanita Indonesia dengan eksploitasi bekerja secara paksa, tiga bulan lepas.
Tan Chang Keong, 60, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Tertuduh didakwa memperdagang kelima-lima wanita berumur 22 hingga 50 tahun itu bagi maksud mengeksploitasi kerja secara paksa di Rumah Orang Tua di Jalan Mentahak, Taman Johor, Tampoi, di sini, pada 6.30 petang, 2 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan, namun, peguam M. Vinodharan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan.
Menurut Vinodharan, anak guamnya tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi memandangkan usianya yang sudah lanjut dan masih menguruskan 40 warga tua di rumah berkenaan.
Katanya tertuduh yang menghidap Hepatitis A juga turut menanggung isterinya yang tidak bekerja dan seorang anak berumur 14 tahun yang masih bersekolah.
Mohammad Khalid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 10 dan 11 Okt ini untuk deposisi.
-- BERNAMA
Â
|
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|