Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
PropertyGuru Group Lantik Ketua Pegawai Operasi
Last update: 03/10/2017

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- PropertyGuru Group hari ini mengumumkan pelantikan Jeremy Williams sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Bagi jawatan yang baru diwujudkan ini, Williams akan menerajui projek strategik kumpulan, memaksimum kecekapan operasi serta menguruskan perancangan bakat di semua pejabatnya di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia, kata PropertyGuru dalam satu kenyataan hari ini.

Williams membawa bersamanya pengalaman antarabangsa yang banyak setelah berkhidmat dengan Internet pengguna dan industri penerbangan dalam bidang kewangan, pembangunan perniagaan dan pengurusan am di Asia dan Amerika Syarikat.

Sebelum menyertai PropertyGuru Group, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CarTrade.com, syarikat iklan auto terkemuka India.

"Ketika kami meneruskan pertumbuhan yang pantas, Jeremy akan membantu usaha kami untuk mencapai kecekapan lebih tinggi dalam keseluruhan perniagaan.

"Kami akan terus membangunkan pasukan eksekutif yang berpengalaman dan Jeremy merupakan tambahan yang mantap kepada kumpulan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PropertyGuru Group, Hari Krishnan.

-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution