Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kejohanan Perak My-o Piala Asia 2017 Akhir Oktober
Last update: 02/10/2017

IPOH, 2 Okt (Bernama) -- MEOSC Malaysia Orienteering Club dengan kerjasama Tourism Perak akan menganjurkan Kejohanan Perak My-O (Malaysia Orienteering) Piala Asia 2017 yang bakal berlangsung selama tiga hari di Gua Tempurung dekat Gopeng, mulai 27 Okt ini.

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kejohanan bertaraf antarabangsa itu akan disertai peserta dari Asia dan Eropah antaranya Norway dan Republik Czech.

"Sukan orienteering ini berkonsepkan navigasi kompas dan pemetaan dengan dua format akan  dipertandingkan iaitu Foot Orienteering pada 28 Okt.

"Sementara format pertama yang dipertandingkan dalam sejarah sukan orienteering negara iaitu Mountain Bike Orienteering akan dipertandingkan pada 29 Okt," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setakat ini, beliau berkata 200 peserta telah mendaftar dan orang ramai yang ingin menyertainya boleh melayari laman web www.cyclingevents.my/myoasiacup2017 dan pendaftaran dibuka sehingga hari  pertandingan.

Nolee Ashilin berkata juara akan membawa pulang RM700, tempat kedua RM600, ketiga RM500, keempat RM400 dan kelima RM300, selain pemenang diberi hadiah iringan.

Beliau berkata dengan kehadiran peserta antarabangsa, ia dapat membantu Perak dalam aspek mempromosi industri sukan itu, sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata MEOSC Orienteering Malaysia dengan kerjasama Tourism Perak juga akan menganjurkan Kejohanan Dunia Perak Orienteering 2018, pada 12 dan 13 Mei.

Beliau berkata kejohanan itu akan dimasukkan dalam kalendar Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF)  Ranking Dunia, dengan kejohanan itu akan dipantau secara langsung oleh IOF World Eventor.

"Kejohanan itu secara langsung  memberi impak dan mempromosi Perak dalam kalendar  kejohanan orienteering di dunia. Ini bermakna Perak juga adalah peneraju utama sukan orienteering di Malaysia dalam usaha untuk mempromosi pelancongan sukan negara ke peringkat antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution