Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Kesedaran Penggunaan Teknologi Dan Data Dalam Pertanian Diperluas
Last update: 01/10/2017

SERDANG, 1 Okt (Bernama) -- Kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi dan pengurusan data dalam industri pertanian dalam kalangan pengamal pertanian negara kini hanya pada tahap 20 peratus, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 


Oleh itu, katanya kementerian akan memberi fokus dalam memastikan penggunaan data dan teknologi yang luas dalam kalangan  pengamal pertanian negara bagi memastikan prinsip data besar menjadi amalan dalam industri  pertanian negara.


"Sejak setahun lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah mewujudkan pasukan petugas yang memberi fokus kepada penggunaan data dan teknologi dalam pertanian. 


"Selain itu Pusat Pengawalan Pertanian Negara turut diwujudkan bagi pengurusan data  besar peringkat kementerian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Niaga Agrobank pada hari terakhir Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini, hari ini. 


Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan teknologi dan data besar mampu menjadikan industri pertanian negara lebih efisien, maju dan berpendapatan tinggi. 


Jelas beliau, dengan penggunaan teknologi dan data seorang petani mampu mengawal ladang dan ternakannya melalui internet biarpun berada di luar negara. 


Kata Ahmad Shabery, melalui penggunaan internet,  makanan, air atau ubat yang diperlukan ternakan juga boleh disalurkan secara automatik dan sistematik dan seorang petani  boleh mengawal beratus ribu ternakan ayam atau ladang yang luas. 


HPPNK 2017 yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini. 


-- BERNAMA 

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution