Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
PKNS Tawar Perumahan Eksklusif '10 Residensi' Di Seksyen 17 Shah Alam
Last update: 28/09/2017

SHAH ALAM, 28 Sept (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan projek perumahan eksklusif dikenali sebagai '10 Residensi' dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM12.3 juta, yang dijangka siap awal tahun depan.



Ketua Pegawai Operasinya, Norita Mohd Sidek berkata projek perumahan berkembar (Semi-D) dua tingkat itu yang terletak di Seksyen 17, di sini, melibatkan pembinaan 10 unit rumah berharga antara RM1.2 juta hingga RM1.28 juta bagi setiap unit.



"Pembangunan itu dilaksanakan di atas tanah berkeluasan 0.5 hektar (1.26 ekar) dalam kawasan pembangunan bandar raya Shah Alam yang telah matang."



"Keluasan lantai bagi setiap unit adalah 2,963.84 kps (kaki persegi) bagi lot tengah dan sudut, manakala keluasan lot adalah 3,509.03 kps (bagi lot tengah) dan 3,229.17 hingga 4,854.52 kps bagi lot sudut," katanya dalam sidang media sempena majlis prapelancaran projek perumahan itu, di sini, hari ini.



Norita berkata '10 Residensi' menawarkan seni bina moden yang selesa dan ideal kepada bakal pembeli.



Menurutnya, projek perumahan itu juga terletak di lokasi  strategik dengan jaringan lebuh raya yang kondusif di samping berhampiran dengan stesen pengangkutan awam termasuk Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shah Alam.



"Dengan jaringan lebuh raya seperti Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), kami yakin ia akan membantu dan memudahkan pemilik kediaman ini menuju ke destinasi yang diinginkan.



"Lebih menarik, kediaman ini juga berhampiran dengan pusat membeli belah seperti pasar raya Aeon, beberapa  buah hospital serta pusat rekreasi," katanya.



Beliau berkata, bakal pembeli yang berminat untuk mendapatkan unit perumahan '10 Residensi' boleh hadir ke majlis pelancaran projek itu pada 7 dan 8 Okt ini di tapak projek di Seksyen 17, bermula pukul 10.00 pagi sehingga 4 petang.



Bagi sebarang pertanyaan berhubung perumahan tersebut boleh melayari laman web www.pkns-property.com atau menghubungi wakil jualan di talian 012-6953058 (Shamsul), 012-6595515 (Afisah), 016-2752961 (Nazri) dan 019-3491284 (Zahidan).



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution