Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Memperkukuh Kerjasama Keselamatan Malaysia-China
Last update: 28/09/2017

Daripada Mohd Razman Abdullah

BEIJING, 28 Sept (Bernama) -- Mesin pengimbas tercanggih dari China yang mampu mengesan dengan pantas kegiatan penyeludupan barang terlarang di dalam kontena dan kenderaan akan ditempatkan di pintu-pintu masuk pemeriksaan Malaysia tidak lama lagi.

Mesin pengimbas berteknolohgi tinggi itu dibangunkan oleh Kementerian Keselamatan Awam China dan digunakan di lapangan terbang serta pelabuhan negara itu.

"China telah bersetuju secara dasarnya akan perkara itu, " kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di China.

Beliau berkata pemerolehan mesin pengimbas itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menaik taraf keupayaan mesin pengimbas negara dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan antarabangsa dengan lebih berkesan.

Selain mesin pengimbas itu, China juga bersetuju untuk menyediakan beberapa peralatan di Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, sebuah pusat yang fokus utamanya mengesan mesej-mesej keganasan dalam talian.

Kerjasama keselamatan dalam memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan sememangnya diberi perhatian berat oleh Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, yang tidak hanya terhad kepada China tetapi juga menjangkaui keseluruhan komuniti antarabangsa terutama polis antarabangsa (Interpol).

Semasa lawatan beliau di negara ini, Ahmad Zahid menghadiri majlis pembukaan rasmi Perhimpunan Agung Interpol ke-86 dnm mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin China

Beliau telah membangkitkan supaya fungsi kepolisian Interpol dipertingkat melalui perkongsian maklumat antara 158 negara anggotanya, menyediakan latihan berterusan dalam kalangan 12 juta anggota polis di seluruh diunia dan mengikuti perkembagnan teknologi terkini bagi memberi jaminan menjadikan dunia ini tempat yang lebih selamat.

Antara pemimpin yang ditemui timbalan perdana menteri ialah Setiausaha Hal Ehwal dan Politik dan Undang-undang pusat Parti Komunis China Meng Jianzhu dan Menteri Keselamatan Awam China Guo Sheng Kun.

Beliau juga mengambil peluang untuk menyuarakan keprihatinan Malaysia kepada negara kuasa besar itu akan perlunya bantuan kemanusiaan antarabangsa bagi etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh daripada penindasan kerajaan Myanmar dalam negeri Rakhine.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution