Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Semua Portal Dalam Talian Tertakluk Akta 588
Last update: 05/09/2017

KUALA BERANG, 5 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata akta khusus telah lama diperkenalkan bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online.


Beliau berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di internet seperti Seksyen 211, (larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (bagi penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian).


"Apa sahaja kesalahan di alam maya adalah kesalahan di alam nyata jadi pengamal media dalam talian atau netizen harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuat naik di portal mereka.


"Bezakan kandungan yang mengkritik dan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu supaya tidak dikenakan tindakan kelak,"katanya kepada pemberita selepas
Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.


Jailani  yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu mengulas isu yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman pada 2 Sept lalu iaitu kerajaan harus memper­kenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.


Untuk rekod dari tahun 2016 hingga 1 Feb lepas, 167 kes penyalahgunaan internat dan media sosial disiasat SKMM termasuk penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter. Dalam tempoh sama, sejumlah 1,375 laman web turut disekat atas kesalahan kandungan berunsur palsu.


-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution