Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Bekas Jururawat Mungkin Pembunuh Berseri Paling Dasyat Di Jerman
Last update: 29/08/2017

FRANKFURT, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang bekas jururawat Jerman yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh dua pesakit juga disyaki membunuh lebih 84 lagi pesakit, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan.



Menurut polis, kebanyakan pesakit tertuduh Niels Hogel, 40, didapati meninggal dunia selepas disuntik dengan lima jenis dadah yang boleh membawa maut. 



Kesimpulan itu dibuat berdasarkan ujian toksikologi terhadap 134 mayat bekas pesakitnya yang digali semula untuk mengenal pasti punca kematian. 



Pihak berkuasa sedang menunggu lebih banyak hasil laporan toksikologi dan dijangka jumlah kematian disebabkan perbuatan Hogel akan meningkat. 



Sekiranya Hogel didapati bersalah, dia akan menjadi pembunuh bersiri paling dasyat di Jerman, lapor agensi berita Jerman DPA.



Pada 2015, Hogel dijatuhi hukuman penjara oleh sebuah mahkamah di Oldenburg kerana didapati bersalah terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada pesakit.



Dalam perbicaraan berkenaan, Hogel mengaku menyuntik beberapa pesakit di dua klinik di utara Jerman dengan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kegagalan jantung atau masalah peredaran darah, dengan harapan menjadi hero jika kemudiannya dapat menyelamatkan pesakit itu.



-- BERNAMA



 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution