Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
YAAKOB SAPARI 文告
Last update: 14/10/2011

YAAKOB SAPARI: BAJET 2012 GAGAL BELA KONTRAKTOR


Pemimpin Pakatan Rakyat YB Dr Hj Yaakob Sapari menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Perdana Menteri merupakan satu belanjawan yang tidak menyeluruh malah tidak membela nasib golongan kontraktor.


Najib yang membentangkan Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrasturktur Asas (PIAS) bagi menaiktaraf infrasturktur asas di luar bandar hanya memperuntukkan RM 500 Juta kepada 29 000 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.


Menurut beliau lagi, sekiranya perkara ini dibuat kiraan secara terperinci, maka setiap kontraktor hanya memperoleh nilai projek sebanyak RM 17 241.38 selama setahun.


Dari satu sudut yang lain, nilai projek ini dilihat terlalu kecil kepada golongan kontraktor dan tidak banyak ifrasturktur yang mampu dinaiktaraf di kawasan luar bandar.


Beliau juga mempersoalkan ketulusan dan transperensi pihak kerajaan dalam menyalurkan projek ini kepada kontraktor. Ini kerana peruntukan ini boleh diekploitasi dengan menganugerahkan kerja-kerja tersebut secara rundingan terus kepada kontraktor-kontraktor tertentu.


Ujar beliau lagi, Belanjawan Pakatan Rakyat dilihat begitu realistik kerana menekankan aspek pembangunan khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan pada masa yang sama mengimbangi belanjawan mengurus bagi memastikan kesejahteraan rakyat

Untuk memangkin ekonomi Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global pada hari ini, Najib perlu menekankan aspek pembangunan dalam belanjawan negara. Ini kerana, dengan merancakkan pembangunan negara, secara tidak langsung dapat memacu ekonomi.
Oleh yang demikian, rakyat diminta untuk berhati-hati dalam meneliti Belanjawan 2012 kerana ianya indah khabar dari rupa.



PEJABAT YB DR HJ YAAKOB SAPARI
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution