|
Jabatan Perpaduan Negara Lancar #Perpaduan
Last update: 01/08/2017
SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) hari ini melancarkan #perpaduan bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran yang wujud dapat dikekal dan dipertingkatkan.
Bersempena pelancaran #perpaduan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini, JPNIN turut memperkenalkan pin berbentuk #perpaduan.
"Pin itu yang dipasang di baju dan terletak berdekatan dengan hati kita membuktikan semangat perpaduan itu bermula dari hati masing-masing.
"Tahap perpaduan kita sekarang ni baik walaupun mungkin ada perkara kecil, kita dapat menanganinya," kata Kurup kepada pemberita di Majlis Malam Mesra Perpaduan Bersama Warga Rukun Tetangga Daerah Seremban di sini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan dan Integrasi negeri Datuk Ismail Lasim dan Ketua Pengarah JPNIN Baharin Idris.
Setakat enam bulan pertama tahun ini, terdapat 366 Kawasan Rukun Tetangga di negeri ini.
-- BERNAMA
Â
|
|
<Back> |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| OPENING, TUESDAY, MAR 9US | 4.1180/1230 | S'pore | 3.0479/0520 | 100 Yen | 3.7752/7805 | Sterling | 5.6882/6967 | Euro | 4.8769/8833 | Source: Bank Negara Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|