Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Samsudin Amin Terajui JPJKKKelantan
Last update: 01/08/2017

KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Ketua Unit Pengajian Siasatan Jenayah Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur ACP Samsudin Md Amin dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan yang baharu berkuat kuasa hari ini.


Samsudin,  59, menggantikan SAC Ahmad Fadzillah Mohamed yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Sabah sejak April lepas.

Sejak April lepas, jawatan Ketua JPJKK Kelantan dipangku oleh Timbalan Ketua JPJKK Kelantan Supt Sheik Azhar Sheik Omar. 

Majlis serah terima tugas jawatan itu disaksikan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Samsudin, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dan telah berkhidmat selama 38 tahun dalam PDRM, bertekad untuk terus mengurangkan kes jenayah menerusi kerjasama semua pihak khususnya masyarakat setempat.

Beliau berkata pemimpin masyarakat juga perlu lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis untuk tindakan pantas.

-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution