Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
UEM Gesa PKS Digitalkan Perniagaan
Last update: 01/08/2017

Oleh Mohd Noor Azeery Idris 

KUALA LUM[UR, 1 Ogos (Bernama) -- Syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mendigitalkan perniagaan mereka untuk merebut peluang serta meneroka pasaran baharu tanpa sempadan dan seterusnya bersaing di peringkat global.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd Datuk Izzaddin Idris berkata model perniagaan di Malaysia telah mula beralih daripada operasi konvensional kepada digital kerana aplikasi mudah alih boleh melancarkan urus niaga. 

Sebagai satu inisiatif, katanya, UEM akan menganjurkan 'GLC ExplorAce 2017' pada 8 Ogos ini di bawah program pembangunan vendornya (VDP) yang menyediakan platform terbaik kepada PKS Bumiputera untuk bertukar-tukar idea atau cadangan perniagaan khususnya dalam industri berteknologi tinggi. 

"Ini adalah supaya mereka lebih sensitif kepada perubahan yang boleh menjejaskan bisnes teras mereka atau apa yang disebut "business disruptions, "katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama News Channel baru-baru ini.

Beliau memberi contoh perniagaan teras UEM sendiri sebagai sebuah syarikat infrastruktur dan kejuruteraan, pembangunan dan hartanah.

"Sekali imbas kita langsung tidak terfikir sama ada digital ekonomi ini atau "disruption" ini boleh menjejaskan bisnes kita tetapi kita perlu ambil kira perubahan yang sedang berlaku di merata dunia, "katanya.

Izzaddin berkata, UEM juga telah bekerjasama dengan Microsoft Malaysia bagi memastikan konglomerat itu mengguna pakai aplikasi digital dalam operasi mereka dan pengetahuan yang diperoleh melalui kerjasama tersebut akan dikongsi dengan syarikat vendor bumiputera di bawah UEM.

Menurutnya, UEM telah memberikan kontrak bernilai RM5 billion kepada 51 vendor Bumiputera di bawah naungannya sejak 2011 sehingga 2016, iaitu kepada syarikat yang memiliki keupayaan dan komited dengan perniagaan mereka.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution