Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Pm Najib Umum Lima Skim Baharu - 4
Last update: 31/07/2017

 



Menurut Najib  bagi veteran yang menerima Pencen Hilang Upaya, mereka hanya menerima jumlah pencen serendah RM65 sahaja dan kerajaan peka dengan keadaan ekonomi sekarang serta jurang nilai pencen bagi veteran yang tergolong dalam kategori tersebut.



\"Justeru saya mengumumkan para veteran ATM yang tergolong dalam kategori ini (pencen hilang upaya), akan mendapat kenaikan kadar pencen bermula 300 peratus sehingga 800 peratus untuk pembayaran pencen mereka. Ia melibatkan nilai minimum RM500 sehingga nilai maksimum berjumlah RM2,000.



\"Adalah diharapkan dengan penambahbaikan skim pembayaran pencen hilang upaya kepada veteran ATM yang diberhentikan kurang daripada 10 tahun akibat kecederaan kekal, akan dapat meringankan beban dan memberikan makna yang besar kepada kehidupan semua,\" kata Najib. 



Najib turut mengumumkan skim keempat iaitu Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan Persatuan Veteran ATM dengan peruntukan tambahan sebanyak RM500 lagi menerusi peruntukan kerajaan yang menjadikan jumlah keseluruhan insentif RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini untuk  veteran ATM yang mengalami kelainan upaya selepas bersara.



Beliau berkata insentif itu akan dibayar  dua kali setahun bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka.



--LAGI



 


CS MAMA AZM LES NM

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution