Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Marang Akan Dibantu Jadi Hab Pendidikan - Mahdzir
Last update: 29/07/2017

MARANG, 29 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan memastikan hasrat kerajaan Terengganu untuk menjadikan daerah Marang sebagai hub pendidikan terlaksana menerusi pembinaan beberapa sekolah dan Institut Pengajian Tinggi.



Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya menyokong penuh matlamat itu dan akan membantu menyegerakan projek di bawah kementeriannya itu.



"Ini sudah disebut enam tahun lalu tentang pembinaan Sekolah Menengah Sains, Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Matrikulasi di Marang. Ada yang di bawah Kementerian Pendidikan dan ada yang di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.



"Kita tengoklah masa dan turutan yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang di sini, hari ini.



Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Marang A Latiff Awang, Ketua Wanita UMNO Terengganu Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Wanita bahagian itu, Toh Puan Zaitun Mat Amin.



Terdahulu, A Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Terengganu dalam ucapannya memohon kerajaan pusat menyegerakan beberapa projek pembinaan sekolah dan IPT yang dirancang sejak bertahun-tahun dahulu sekaligus menjadikan Marang sebagai hab pendidikan di negeri itu.



Beliau berkata setakat ini, Marang mempunyai kampus Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor dan beberapa kolej universiti swasta.



"Ia juga sebagai pengiktirafan kepada Terengganu yang telah banyak merekodkan kecemerlangan dalam peperiksaan utama negara contohnya kedudukan sebagai negeri terbaik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selama tiga tahun berturut-turut," katanya.



-- BERNAMA

 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution