Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Prasarana Diminta Wujudkan Jajaran MRT Ke Puncak Alam, Kuala Selangor
Last update: 22/07/2017

KUALA SELANGOR, 22 Julai (Bernama) --Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) diminta mengkaji kemungkinan mewujudkan jajaran baharu perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) ke Puncak Alam, Kuala Selangor dalam fasa akan datang.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ia selaras dengan usaha menjadikan pekan Kuala Selangor sebahagian daripada proses transformasi pemodenan luar bandar berasaskan warga tempatan menjelang 2020.

"Saya bangkitkan (cadangan wujudkan jajaran) kepada wakil syarikat Prasarana sewaktu perasmian fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) baru-baru ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran Irmohizam di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan perlu ada kajian berasaskan kependudukan berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan sedang giat mempromosikan ikan segar sejuk beku Q'Fish sebagai usaha mengatasi isu harga bekalan ikan yang dikatakan melambung.

Katanya Q'Fish adalah ikan segar yang telah dibekukan dan merupakan satu langkah memastikan bekalan ikan mencukupi melalui pewujudan stok simpanan secara sejuk beku.

Beliau juga meminta kerajaan mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani isu 'orang tengah' mengambil keuntungan dengan menaikkan harga ikan sewenang-wenangnya terutama pada musim perayaan.

-- BERNAMA


 <Back>


 


 

OPENING, TUESDAY, MAR 9
US4.1180/1230
S'pore3.0479/0520
100 Yen3.7752/7805
Sterling5.6882/6967
Euro4.8769/8833
Source: Bank Negara Malaysia

Reduction in the overnight policy rate (OPR) by Bank Negara Malaysia would be good for consumer spending and investment;
Yes
No
Not sure
 
  Main | News | Insurance

© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution